Tarikh jawapan: 16.12.2024
Local Agenda 21 ialah rangka tindakan sukarela yang digalakkan di bawah Program Pembangunan PBB. Di Malaysia, beberapa pihak berkuasa tempatan menyesuaikan konsep ini ke dalam perancangan bandar untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar. Walaupun tidak diwartakan sebagai undang-undang wajib, program Local Agenda 21 menekankan penglibatan komuniti, NGO, dan sektor swasta bagi memastikan pembangunan bandar selaras dengan prinsip alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.