Tarikh jawapan: 20.12.2024
Ya, selain daripada tindakan penguatkuasaan oleh JAS, penduduk berdekatan yang mengalami kerugian atau ketidakselesaan akibat pencemaran udara boleh mengambil tindakan sivil berdasarkan kacau ganggu (nuisance) atau kecuaian. Mereka boleh memohon ganti rugi atau perintah injunksi untuk menghentikan aktiviti pencemaran. Ini menunjukkan bahawa tanggungjawab pengusaha kilang bukan hanya sekadar mematuhi piawaian undang-undang, malah memastikan tidak menjejaskan kesihatan dan harta penduduk sekeliling.