Tarikh jawapan: 17.01.2025
Ya, Malaysia terikat dengan beberapa konvensyen maritim antarabangsa seperti MARPOL dan Konvensyen CLC. Di samping itu, Enakmen Perkapalan dan peraturan JAS mensyaratkan syarikat bertanggungjawab penuh ke atas tumpahan minyak termasuk membersihkan kawasan tercemar dan membayar pampasan kepada pihak terjejas. Sekiranya syarikat gagal melaksanakan tanggungjawab ini, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan penguatkuasaan dan menuntut kos pembersihan.