Tarikh jawapan: 16.12.2024
Pembakaran terbuka dilarang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan berkaitan. Pelaku boleh didenda atau dipenjara jika didapati sengaja melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan pencemaran udara dan risiko kebakaran hutan. Jabatan Bomba dan Penyelamat serta JAS boleh mengambil tindakan. Operasi penguatkuasaan termasuk helikopter pemantau, dron, dan rondaan di kawasan risiko tinggi.