Tarikh jawapan: 23.12.2024
Secara prinsip, Malaysia berhak mengambil tindakan terhadap sebarang pencemaran yang memberi kesan dalam bidang kuasa negara. Namun, isu rentas sempadan rumit kerana memerlukan kerjasama antarabangsa. Jika syarikat asing beroperasi di Malaysia, pihak berkuasa boleh menyaman berdasarkan undang-undang tempatan. Jika pencemaran berpunca di luar Malaysia, kerjasama perjanjian antarabangsa dan rundingan diplomatik diperlukan. Mahkamah Malaysia boleh menilai kes jika wujud hubungan bidang kuasa yang sah.