Tarikh jawapan: 06.11.2024
Ya, perlombongan bauksit skala besar lazimnya tergolong dalam aktiviti yang memerlukan EIA di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan). Pihak pemaju mesti mengemukakan EIA dan mendapatkan kelulusan JAS sebelum operasi penuh. EIA akan menilai impak debu, logam berat, hakisan tanah, dan risiko kesihatan kepada penduduk setempat. Kerajaan Negeri Pahang dan agensi persekutuan turut sama memantau.