Tarikh jawapan: 29.12.2024
Aduan boleh disalurkan terus ke Jabatan Imigresen melalui talian aduan atau pejabat Imigresen. Anda boleh juga melapor ke polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada unsur penyelewengan. Jabatan Imigresen akan menyiasat, mengadakan operasi serbuan, dan menahan pekerja atau majikan bersalah. Pekerja tanpa dokumen akan dihadapkan ke mahkamah dan mungkin dihantar pulang. Majikan pula boleh didakwa, didenda tinggi, malah dipenjara. Kerahsiaan pemberi maklumat dilindungi, namun pastikan laporan berasas dengan bukti munasabah.