Tarikh jawapan: 04.11.2024
Tiada definisi tunggal. Namun, kebajikan biasanya merujuk kerja kemasyarakatan yang memberi manfaat sosial, meningkatkan taraf hidup atau membantu golongan memerlukan tanpa motif keuntungan. Ia boleh meliputi bantuan kemanusiaan, pendidikan, kesihatan, perlindungan, pembangunan komuniti, dan apa-apa aktiviti yang memajukan kesejahteraan umum. Undang-undang menilainya berdasarkan objektif perlembagaan NGO dan tindakan selaras kepentingan awam.