Tarikh jawapan: 25.01.2025
Harta sepencarian merujuk kepada harta yang diperoleh suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan melalui usaha bersama atau sumbangan langsung/tidak langsung. Ini meliputi wang simpanan, rumah, kenderaan, pelaburan, dll. Harta pusaka yang suami/isteri terima secara warisan biasanya dikecualikan kerana bukan hasil usaha bersama. Namun, jika pasangan turut menyumbang kos baik pulih atau menambah nilai, boleh timbul tuntutan separa. Mahkamah Syariah akan mempertimbangkan sumbangan masing-masing, termasuk sumbangan kerja rumah, menjaga anak, sebelum memutuskan pembahagian.