Tarikh jawapan: 21.01.2025
Jika suami memeluk Islam, perkahwinan sivil asal menjadi isu. Isteri boleh memilih kekal bukan Islam atau memeluk Islam. Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 memperuntukkan bahawa isteri boleh memohon perceraian di Mahkamah Sivil. Suami mungkin menfailkan pengesahan di Mahkamah Syariah, mewujudkan konflik bidang kuasa. Hal penjagaan anak, nafkah, harta mungkin didengar di Mahkamah Sivil jika isteri kekal bukan Islam. Situasi ini rumit, kadangkala melibatkan rayuan perlembagaan. Pihak terlibat sering dinasihatkan rujuk peguam kedua-dua pihak untuk penyelesaian.