Tarikh jawapan: 20.11.2024
Jika isteri memeluk Islam tetapi suami kekal bukan Islam, perkahwinan sivil akan terbubar di Mahkamah Sivil melainkan suami juga memeluk Islam dalam tempoh tertentu (biasanya 3 bulan di beberapa kes). Mut’ah secara syarak hanya terpakai dalam perceraian Islam. Namun, kerana suami bukan Islam, proses cerai di Mahkamah Sivil. Isteri boleh tuntut sagu hati atau pampasan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian), bukan istilah mut’ah. Ia boleh disamakan dengan 'maintenance' atau 'alimony' bergantung keputusan hakim. Sila rujuk peguam untuk klausa lebih spesifik.