Tarikh jawapan: 02.01.2025
Saham keutamaan boleh diberi hak istimewa seperti dividen tetap sebelum saham biasa, atau pembahagian aset semasa pembubaran. Namun, kebiasaannya mereka tiada hak mengundi, kecuali jika syarat saham keutamaan tersebut memperuntukkannya atau syarikat belum bayar dividen keutamaan untuk tempoh tertentu. Akta Syarikat 2016 tidak melarang penerbitan saham keutamaan, tetapi syarikat mesti menetapkan terma-terma seperti kadar dividen, keutamaan pembahagian, dan hak pengundian dalam Konstitusi atau resolusi penerbitan. SSM perlu dikemas kini sebaik saham dikeluarkan.