Tarikh jawapan: 04.11.2024
Secara amnya, liabiliti syarikat terhad kepada aset syarikat sahaja. Pasangan pengarah tidak bertanggungjawab melainkan terbukti mereka secara langsung menandatangani jaminan peribadi (personal guarantee) atau terlibat dalam penipuan. Harta bersama pasangan tidak boleh disentuh kecuali pengarah melanggar 'lifting the corporate veil' (contohnya menyalah guna akaun syarikat untuk kegunaan peribadi) sehingga mahkamah memutuskan harta persendirian boleh dirampas. Bagaimanapun, di bawah undang-undang kebankrapan, jika pengarah diisytihar muflis, pemiutang boleh mencabar pembahagian harta bersama sekiranya ia bertujuan mengelakkan pembayaran hutang.