Tarikh jawapan: 26.11.2024
Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) tertakluk kepada Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, bukan di bawah Akta Syarikat 2016. Ia gabungan ciri syarikat berhad (liabiliti terhad rakan kongsi) dan perkongsian konvensional (pengurusan fleksibel). Rakan kongsi LLP tidak bertanggungjawab secara peribadi terhadap liabiliti LLP. Ia sesuai bagi firma guaman, perundingan, atau SME yang mahu struktur ringkas berbanding Sdn. Bhd. LLP kurang syarat formal (misalnya tiada syarat audit mandatori) tetapi tetap wajib didaftarkan dengan SSM dan failkan penyata tahunan.