Tarikh jawapan: 06.11.2024
Ya, apabila pemegang saham meninggal dunia, sahamnya menjadi sebahagian harta pusaka. Waris (atau pentadbir harta pusaka) boleh memindahmilik saham itu mengikut prosedur syarikat. Waris perlu sediakan surat mentadbir atau geran probet yang mengiktiraf mereka selaku wakil sah. Kemudian, mereka membuat permohonan kepada lembaga pengarah untuk daftar pindah milik. Syarikat akan kemaskini 'register of members' dengan nama waris atau penama baru. Dalam kes Sdn. Bhd., mungkin wujud sekatan Konstitusi (misalnya, pemegang saham sedia ada mempunyai hak belian dahulu). Perlu patuh syarat itu sebelum pemindahan dimuktamadkan.