Tarikh jawapan: 05.01.2025
Pemegang saham mempunyai hak terhad untuk memeriksa akaun tahunan, laporan pengarah, dan daftar pemegang saham. Mereka juga layak terima salinan minit mesyuarat agung. Namun, permintaan untuk dokumen kontrak atau rekod kewangan terperinci melebihi keperluan asas perlu dibenarkan oleh lembaga pengarah, kecuali peruntukan Konstitusi atau mahkamah memerintahkan sebaliknya. Jika minoriti curiga penyelewengan, boleh mohon 'inspection order' di mahkamah. Sementara Akta Syarikat 2016 tidak memberi hak luas, mahkamah boleh meluluskan akses jika ada alasan wajar untuk meneliti potensi salah laku.