Tarikh jawapan: 18.11.2024
Jika seseorang individu sebenarnya mengawal syarikat walaupun tidak tercatat sebagai pemegang saham utama, situasi ini dipanggil beneficial control. Dalam kes insolvensi yang melibatkan penipuan atau penyalahgunaan entiti korporat (contoh: memindahkan aset ke syarikat cengkerang lain), mahkamah boleh 'menembusi tirai korporat' (lift the corporate veil) untuk memegang pihak beneficial controller bertanggungjawab. Ini memerlukan bukti kukuh bahawa syarikat digunakan sebagai alat penipuan. Maka, pemiutang boleh menamakan individu tersebut. Namun, beban pembuktian sangat tinggi, tak secara automatik melibatkan beneficial owner.