Tarikh jawapan: 07.01.2025
Akta Syarikat 2016 menuntut dividen hanya diisytiharkan daripada keuntungan selepas menampung kerugian terkumpul. Memang tidak dibenarkan bayar dividen melebihi jumlah keuntungan sedia ada. Pengarah mesti memastikan syarikat kekal mampu bayar hutang (solvency test). Jika pembayaran dividen menyebabkan syarikat menjadi insolven, pengarah terlibat menanggung risiko liabiliti peribadi. Syarikat berisiko apabila membayar dividen tanpa mengambil kira unjuran aliran tunai. Pengarah perlu berhati-hati menilai pendapatan sebenar, bukan sekadar unjuran, agar tidak melanggar undang-undang.