Tarikh jawapan: 30.12.2024
Ya, ini sah dan biasa diamalkan. Sebuah syarikat boleh menjadi 'holding company' jika memegang >50% ekuiti syarikat lain atau memiliki kuasa mengawal lembaga pengarah. Syarikat yang dikawal menjadi 'subsidiari'. Malah, wujud juga 'wholly-owned subsidiary' di mana syarikat induk memegang 100% saham. Struktur ini berguna untuk pemisahan risiko, penstrukturan cukai, atau pengkhususan bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, tanggungjawab fidusiari tetap wujud. Syarikat induk tidak boleh menyalah guna statusnya untuk menindas pemegang saham minoriti jika wujud pemegang saham lain di subsidiari.