Tarikh jawapan: 04.12.2024
ITLOS dibentuk oleh UNCLOS untuk menyelesaikan pertikaian tafsiran UNCLOS antara negara pihak. Malaysia boleh merujuk kes ke ITLOS jika timbul sengketa sempadan maritim, ZEE atau penangkapan kapal dengan negara lain. Namun, kebanyakan kes Malaysia setakat ini diselesaikan melalui rundingan bilateral atau Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), contohnya kes Pulau Sipadan-Ligitan. ITLOS menjadi forum pilihan jika rundingan gagal. Keputusannya mengikat dan bermatlamat menjaga kestabilan di laut mengikut peruntukan UNCLOS.