Tarikh jawapan: 03.11.2024
Undang-undang perlindungan data peribadi (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) menetapkan bahawa pengendali data perlu memperoleh persetujuan jelas daripada subjek data jika mahu menjual atau memindahkan data mereka kepada pihak ketiga, terutama untuk tujuan pemasaran. Jika laman berita mengumpul email pembaca lalu menjualnya kepada pengiklan tanpa persetujuan, itu menyalahi akta. Pengguna boleh membuat aduan, dan syarikat boleh dikenakan penalti. Mesti ada dasar privasi yang menyebut tujuan pengumpulan data, dan subjek data berhak menarik balik persetujuan pada bila-bila masa.