Tarikh jawapan: 10.11.2024
Dalam amalan, editor memikul tanggungjawab editorial. Namun, jika pemilik media mengarahkan kandungan yang bercanggah dengan undang-undang atau etika, editor berada dalam dilema. Undang-undang tidak sepenuhnya melindungi editor yang enggan patuh arahan majikan, kerana editor itu pekerja. Jika pemecatan berlaku, editor boleh menuntut di Mahkamah Perusahaan atas pemecatan tidak adil. Dari segi kebebasan editorial, tiada perlindungan undang-undang khas. Ia lebih bergantung pada dasar dalaman organisasi dan prinsip integriti kewartawanan. Tindakan menolak arahan menyalahi undang-undang boleh disokong moral, namun perlindungan perundangan terhad.