Tarikh jawapan: 10.01.2025
‘Kontrak perkhidmatan’ merujuk kepada hubungan majikan-pekerja yang mana individu tersebut dianggap pekerja dan dilindungi oleh Akta Kerja 1955 serta perundangan buruh lain. ‘Kontrak untuk perkhidmatan’ pula merujuk kepada kontraktor bebas (independent contractor) atau freelancer yang tidak menerima faedah pekerja biasa, serta tidak tertakluk kepada arahan majikan secara langsung. Kesannya, hanya ‘kontrak perkhidmatan’ memberi hak-hak perundangan seperti cuti tahunan, caruman KWSP oleh majikan, perlindungan di bawah Perkeso dan sebagainya.