Tarikh jawapan: 24.11.2024
Ya, Akta Kerja 1955 menetapkan hak pekerja untuk cuti sakit bergaji dengan perakuan doktor bertauliah. Bagi pekerja dengan tempoh perkhidmatan kurang daripada 2 tahun, mereka berhak kepada 14 hari cuti sakit setahun. Jika perkhidmatan antara 2 hingga 5 tahun, layak 18 hari, manakala melebihi 5 tahun, 22 hari. Ini tidak termasuk cuti sakit wad (hospitalisation leave) hingga 60 hari setahun jika pemeriksaan doktor mengesahkan perlu dirawat di hospital. Namun, jika ada perjanjian kolektif, jumlahnya boleh melebihi standard tersebut.