Tarikh jawapan: 16.12.2024
Pekerja domestik (domestic servant) berada dalam kategori khas di bawah Akta Kerja 1955. Mereka tidak berhak kepada beberapa faedah yang pekerja biasa terima, seperti OT berbayar, had waktu kerja harian, atau cuti tahunan menurut kadar standard. Namun, mereka tetap dilindungi dari segi gaji yang dipersetujui, perlindungan dari pembuangan tidak adil, dan kelayakan cuti bersalin. Terdapat seruan NGO dan pihak berkepentingan agar undang-undang diperbaharui bagi meningkatkan perlindungan pekerja domestik. Buat masa ini, hak mereka memang sedikit terhad berbanding pekerja sektor formal lain.