Tarikh jawapan: 09.12.2024
Setakat ini, tiada peruntukan mewajibkan majikan menyediakan kerja fleksibel/remote di Malaysia. Ia bergantung kepada persetujuan sukarela majikan dan kontrak kerja. Selepas pengalaman pandemik COVID-19, sebilangan syarikat memperkenalkan polisi kerja hibrid, namun ia bukan hak mutlak pekerja. Pekerja boleh merayu, tetapi majikan boleh menolak atas alasan operasi. Jika syarikat menolak tanpa alasan munasabah dan memaksa pekerja memilih berhenti, itu berpotensi menjadi kes pembuangan konstruktif, namun situasinya agak sukar dibuktikan, kerana tiada kewajipan undang-undang untuk kerja jarak jauh.