Tarikh jawapan: 08.11.2024
Penahanan pekerja mungkin menjejaskan keupayaannya hadir kerja. Majikan boleh menamatkan kontrak atas alasan ketiadaan berpanjangan atau ketidakupayaan melaksanakan tugas. Ini bukan salah laku biasa, tapi pekerja memang tak dapat bekerja kerana dipenjarakan. Ada majikan menunggu keputusan mahkamah, ada yang menamatkan serta-merta jika tempoh panjang. Tiada klausa ‘force majeure’ spesifik, namun sekiranya alasan kukuh bahawa pekerja tak mampu kembali dalam jangka munasabah, kontrak boleh diakhiri. Pekerja boleh cabar di Mahkamah Perusahaan jika beranggapan majikan perlu tunggu dia bebas. Setiap kes menilai keperluan operasi dan tempoh ketidakhadiran.