Tarikh jawapan: 17.11.2024
Akta Kerja 1955 memperuntukkan 11 hari kelepasan am berbayar setahun, termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Hari Pekerja, dan lain-lain. 5 daripadanya wajib, selebihnya majikan boleh pilih berdasarkan jadual negeri/ syarikat. Jika pekerja diarahkan bekerja pada hari kelepasan am, dia berhak mendapat bayaran 2 kali gaji harian tambahan. Majikan tidak boleh sekadar bayar elaun sebagai ganti tanpa mematuhi kadar gaji berganda. Pekerja juga boleh memohon cuti ganti (replacement) jika dipersetujui, namun biasanya syarat ditetapkan sama ada melalui kontrak atau perjanjian kolektif.