Tarikh jawapan: 22.11.2024
Akta Kerja 1955 tidak menyatakan secara spesifik hal ini, tapi amalan biasa, notis berjalan walau pekerja sedang cuti sakit, melainkan kontrak menetapkan sebaliknya. Majikan boleh menerima bahawa hari cuti sakit termasuk dalam tempoh notis. Tidak wajib lanjutan tarikh kecuali majikan memerlukan pekerja hadir secara fizikal untuk penyerahan tugas. Dalam kes ini, majikan boleh berunding dengan pekerja memanjangkan notis. Namun, jika tiada persetujuan, notis asal kekal. Perselisihan boleh dirujuk Jabatan Tenaga Kerja sekiranya berlaku kesulitan melampau.