Tarikh jawapan: 09.12.2024
Agensi pelancongan bertanggungjawab memastikan butiran pakej tepat, perkhidmatan selamat, dan menepati janji yang diiklankan. Sekiranya perlu membatalkan, agensi mesti memaklumkan pelanggan segera, menawarkan pilihan ganti atau pemulangan bayaran mengikut terma dan syarat dipersetujui. Di sisi pengguna, jika alasan pembatalan tidak munasabah, pelanggan boleh menuntut pampasan kerugian. Pengguna dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan syarat kontrak agen.