Tarikh jawapan: 20.11.2024
Ya, pekerja hotel, restoran, taman tema dan lain-lain dilindungi oleh Akta Kerja 1955, yang menetapkan hak seperti waktu kerja, cuti berbayar, bayaran lebih masa. Gaji minimum semasa ditetapkan oleh Perintah Gaji Minimum, bergantung pada pengumuman terkini kerajaan. Majikan wajib mematuhi tanggungan caruman KWSP dan PERKESO. Pekerja yang bekerja melebihi jam standard berhak kepada bayaran OT. Sektor hospitaliti sering melibatkan tip atau caj perkhidmatan, tetapi majikan perlu pastikan itu tidak menggantikan gaji pokok minimum.