Tarikh jawapan: 10.12.2024
Ya, di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan peraturan iklan menipu, menamakan sesuatu sebagai 'percuma' tapi diiringi kos tersembunyi adalah menyalahi undang-undang. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan KPDN boleh menyiasat. Selain itu, jika pengendali pelancongan mengiklankan 'lawatan percuma' tetapi kemudian mewajibkan bayaran 'pengangkutan' atau 'makan' yang mahal, ia boleh disifatkan 'false advertising'. Pengguna berhak mendapatkan penjelasan penuh harga.