Tarikh jawapan: 19.11.2024
Kementerian Pendidikan mempunyai inisiatif khusus, seperti sekolah K9, sekolah berasrama penuh untuk komuniti pedalaman dan Orang Asli, dengan pendekatan yang disesuaikan. Undang-undang tetap sama, mewajibkan pendidikan rendah. Namun, pelaksanaan dipermudah: ada program mobile schooling, guru terlatih dalam bahasa sukuan, serta bantuan kewangan. Matlamatnya, mengurangkan keciciran. Pendekatan ini disebut dalam dasar kementerian, walaupun tiada peruntukan khusus berasingan dalam akta, ianya realisasi tanggungjawab universal memberi akses pendidikan kepada semua.