Tarikh jawapan: 03.01.2025
Syarikat e-hailing seperti Grab, AirAsia Ride dikawal di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat, yang mensyaratkan operator e-hailing memiliki Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) daripada APAD. Pemandu pula perlu lesen memandu vokasional (PSV) yang mewajibkan kursus ringkas, pemeriksaan kesihatan dan saringan latar belakang. Kenderaan e-hailing juga mestilah lulus pemeriksaan berkala di PUSPAKOM, mematuhi had usia kenderaan. Kerajaan mewajibkan penetapan tambang jelas, insurans penumpang, dan rungutan pelanggan boleh dikemukakan ke Kementerian Pengangkutan. Ini memastikan e-hailing beroperasi selaras dengan keselamatan dan standard industri.