Tarikh jawapan: 04.01.2025
FSA 2013 mengantikan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) sebagai kerangka utama mengawal institusi kewangan konvensional. Ia merangkumi perlesenan, tadbir urus, perlindungan pengguna, penyeliaan risiko dan penguatkuasaan. Semua bank, syarikat insurans, institusi kewangan pembangunan dan entiti kawalan kewangan lain terikat kepada akta ini. Ia juga merincikan kuasa BNM untuk mengambil tindakan terhadap pelanggaran peraturan serta mewujudkan disiplin pasaran yang kukuh.