Tarikh jawapan: 16.12.2024
Seorang freelancer dikategorikan sebagai bekerja sendiri, maka pendapatannya dianggap pendapatan perniagaan atau pendapatan profesional di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Anda perlu memfailkan di Borang B (untuk individu berpendapatan perniagaan), bukan Borang BE. Anda akan menuntut perbelanjaan yang dibenarkan untuk mengurangkan pendapatan bercukai. Contohnya, kos pemasaran, alat kerja, sewa pejabat kecil. Pastikan anda menyimpan rekod kewangan yang mencukupi kerana LHDN boleh mengaudit. Kadar cukainya masih mengikut skala progresif individu.