Tarikh jawapan: 12.11.2024
Scam percukaian merujuk kepada modus operandi penipuan di mana individu menerima panggilan, mesej, atau emel palsu kononnya dari LHDN yang mendakwa terdapat tunggakan cukai. Mangsa diugut akan disita harta atau dipenjarakan jika tak bayar segera. Penipu mungkin minta bayaran ke akaun peribadi. LHDN tidak meminta pembayaran ke akaun bank individu, dan komunikasi rasmi guna surat atau ejen sah. Tanda scam: bahasa ugutan, permintaan bayaran segera tanpa dokumen sah, panggilan luar waktu pejabat, atau akaun peribadi. Sila hubungi talian rasmi LHDN untuk pengesahan.