Tarikh jawapan: 25.12.2024
Seksyen 140A Akta Cukai Pendapatan mewajibkan transaksi antara syarikat berkaitan dinilai berdasarkan prinsip 'arm's length'. Syarikat multinasional yang berurus niaga merentas sempadan hendaklah menetapkan harga barang dan perkhidmatan seolah-olah mereka entiti berbeza tanpa hubungan istimewa. Ini bagi memastikan keuntungan tidak dialihkan secara tidak adil ke negara cukai rendah. LHDN boleh melaraskan semula harga jika mendapati perbezaan ketara dan mengenakan penalti. Syarikat perlu menyimpan dokumentasi transfer pricing yang lengkap untuk membuktikan harga adalah wajar dan mengelakkan dipersoal oleh LHDN.