Tarikh jawapan: 04.01.2025
FTA mengurangkan atau menghapus tarif import di negara rakan FTA, menjadikan barangan eksport Malaysia lebih kompetitif dari segi harga. Ia juga memudahkan prosedur kastam melalui peraturan asal usul (Rules of Origin) yang mantap, merendahkan kos, dan mempercepat pelepasan kargo. Pengeksport mendapat keutamaan pasaran dan keistimewaan untuk bersaing dengan pengeluar tempatan di negara rakan FTA. Selain itu, FTA sering menyentuh aspek standard dan piawaian teknikal, yang jika disejajarkan, mengurangkan halangan teknikal kepada perdagangan. Kesannya, syarikat Malaysia dapat meluaskan eksport dan menembusi pasaran baru dengan lebih mudah.