Tarikh jawapan: 10.01.2025
Dumping bermaksud syarikat menjual produk di pasaran asing pada harga yang lebih rendah berbanding harga domestik atau kos pengeluaran, menjejaskan pengeluar tempatan di negara import. Subsidi pula adalah sokongan kewangan langsung atau tidak langsung kerajaan kepada pengeksport, menjadikan harga produk lebih murah di pasaran antarabangsa. Kedua-duanya melanggar prinsip WTO jika terbukti menjejaskan industri negara lain. Negara yang merasa terkesan boleh melancarkan penyiasatan anti-dumping atau countervailing measure (duti balas). Malaysia sebagai pengeksport boleh kena siasatan, dan jika disahkan wujud dumping atau subsidi, eksport mungkin dikenakan duti tambahan yang melumpuhkan daya saing.