Tarikh jawapan: 17.01.2025
MRA membolehkan kelayakan profesional diiktiraf bersama oleh negara peserta. Misalnya, ASEAN MRA dalam bidang kejuruteraan, kejururawatan, pelancongan, arkitek, membolehkan profesional Malaysia bekerja atau menawarkan perkhidmatan di negara ASEAN lain tanpa perlu kelulusan semula yang berbeza-beza. Ia mengurangkan halangan bukan tarif (birokrasi, kos). Namun, masih perlu pendaftaran di badan profesional setempat, sekadar lebih mudah diiktiraf. Bagi Malaysia, ini memperluas pasaran, meningkatkan mobiliti bakat, dan mendorong integrasi ekonomi serantau. MRA juga menuntut standard kualiti yang sejajar antara negara anggota agar saling kepercayaan wujud.