Tarikh jawapan: 26.12.2024
Perjanjian Halangan Teknikal Terhadap Perdagangan (TBT) menegaskan bahawa jika dua standard berbeza mencapai objektif yang sama (contoh: keselamatan produk), negara patut saling mengiktirafnya. 'Equivalency' bermaksud meskipun spesifikasi berlainan, hasilnya setara. Maka, jika barangan Malaysia mematuhi MS standard, dan negara import bersetuju ianya setara dengan standard mereka, barangan itu diakui. Ini memudahkan pengeksport Malaysia tanpa perlu ujian berulang. Bagi tercapainya, kadang diperlukan perjanjian MRA atau menzahirkan bukti saintifik. Sebagai contoh, standard SIRIM diiktiraf sepadan dengan standard Eropah.