Tarikh jawapan: 17.01.2025
Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperkenalkan liabiliti korporat, di mana syarikat boleh dipertanggungjawabkan jika kakitangannya terlibat dalam rasuah bagi faedah syarikat. Ini boleh berlaku dalam rantaian bekalan runcit, contohnya membayar suapan untuk mendapatkan bekalan lebih murah atau memenangi tender. Syarikat runcit perlu mempunyai prosedur tatakelola dan pencegahan rasuah. Jika gagal membuktikan ‘langkah munasabah’ diambil, syarikat dan pengarah boleh dihukum walaupun rasuah dilakukan pekerja tanpa pengetahuan majikan. Oleh itu, peniaga kecil pun perlu mematuhi tatacara integriti.