Tarikh jawapan: 25.01.2025
Jika barangan terbukti palsu (melanggar hak cap dagang) atau tidak seperti diiklankan (penipuan), peniaga runcit bertanggungjawab memulangkan wang atau memberi pampasan walau mereka letak 'tiada jaminan' atau 'beli atas risiko sendiri'. Akta Perihal Dagangan 2011 melarang menipu pembeli, dan APP 1999 menguatkuasa hak pengguna. Peniaga tidak boleh melepaskan tanggungjawab dengan klausa ringkas. Pengguna boleh bawa kes ke TTPM dan menuntut bayaran balik. Tambahan, KPDN boleh ambil tindakan kerana menjual barangan palsu. Maka peniaga wajib pulangkan wang sekiranya barangan sah disahkan tiruan.