Tarikh jawapan: 25.12.2024
Tidak. PERKESO wajib di bawah undang-undang untuk pekerja bergaji bulanan tertentu. Walaupun majikan menyediakan insurans swasta, ia tidak menggugurkan tanggungjawab mencarum PERKESO, kerana perlindungan swasta bukan gantian kepada keselamatan sosial perundangan. KWSP pula wajib untuk simpanan persaraan. Insurans swasta mungkin menambah perlindungan perubatan atau kemalangan, tapi tidak boleh melepaskan tanggungjawab statutory majikan terhadap KWSP dan PERKESO. Majikan yang gagal mencarum boleh disaman dan dikenakan tindakan undang-undang.