Tarikh jawapan: 26.12.2024
Ya, ibu tunggal boleh memohon pelbagai inisiatif, seperti Bantuan Kanak-Kanak di JKM jika tanggungan anak kecil, Bantuan Sara Hidup (BSH/BPR) jika pendapatan rendah, geran perniagaan mikro dari TEKUN, dan skim khas ibu tunggal di bawah Kementerian Pembangunan Wanita. Syarat bergantung pada tahap pendapatan, bilangan anak, dan status perkahwinan (bercerai/kematian suami). Pemohon perlu sediakan dokumen bukti pendapatan, sijil cerai atau kematian, kad anak. Jika layak, mereka akan terima bantuan kewangan bulanan. Terdapat juga program latihan keusahawanan untuk ibu tunggal meningkatkan pendapatan.