Tarikh jawapan: 11.12.2024
Anuiti Persaraan ialah produk insurans atau takaful di mana anda membayar premium (sama ada sekaligus atau berkala) sebelum bersara. Apabila mencapai usia tertentu, syarikat insurans menyalurkan bayaran berkala (mirip pencen) sepanjang hayat atau tempoh ditetapkan. Walau pun serupa konsep dengan pencen bulanan, ianya bukan ditanggung kerajaan, sebaliknya bergantung modal sendiri diinsuranskan. Kadar bayaran anuiti bergantung pada jumlah premium, jangka hayat, dan kos pengurusan. Ia boleh melengkapi KWSP untuk memastikan pendapatan konsisten selepas bersara.