Tarikh jawapan: 30.12.2024
Dalam tender berskala besar, pembida diminta mengemukakan unjuran kewangan termasuk aliran tunai, sumber modal, rancangan pembayaran gaji pekerja dan pembekal bahan. Ini menilai keupayaan kewangan syarikat untuk menampung kos awal sebelum dibayar kemajuan (progress payment). Unjuran ini juga menolak risiko projek tergendala akibat kekurangan dana. Pegawai menilai sama ada syarikat stabil dari segi modal kerja dan tidak semata-mata bergantung pinjaman sementara. Ia menjadi salah satu kriteria pemarkahan. Jika unjuran kewangan lemah, kemungkinan besar syarikat tak mampu deliver mengikut jadual.