Tarikh jawapan: 18.11.2024
Walaupun kebanyakan tender mensyaratkan pengalaman minimum, kerajaan juga mempunyai inisiatif untuk galakkan inovasi. Terdapat pendekatan penilaian berdasarkan keupayaan teknikal, model perniagaan, bukti rintis, walaupun syarikat masih muda. Program pembelian inovasi (misalnya GLIC/GLC) dan ePerolehan kadangkala membuka ruang kepada startup. Bagaimanapun, syarikat baharu tetap sukar menang jika kontrak menuntut ratusan juta ringgit, kerana penilaian risiko tinggi. Startup bolehlah berkolaborasi dengan syarikat lebih besar, menyertai subkontrak atau menjadi rakan strategik. Undang Perolehan Kerajaan tidak menghalang startup, tetapi menekankan kriteria kewangan, pengalaman, dan tanggungjawab yang perlu dipenuhi demi perlindungan dana awam.