Tarikh jawapan: 30.11.2024
Akta Persaingan 2010 terpakai kepada perilaku yang memberi kesan signifikan terhadap persaingan di pasaran Malaysia, walaupun dilaksanakan sebahagiannya di luar negara. MyCC boleh menyiasat syarikat asing jika aktiviti antipersaingannya menjejaskan pengguna atau perniagaan Malaysia. Namun, secara praktikal, penguatkuasaan rentas sempadan memerlukan kerjasama antarabangsa. MyCC boleh bekerjasama dengan badan lain, bergantung pada perjanjian dua hala atau keanggotaan dalam rangkaian persaingan global.